Senin, 17 Juni 2013

Persahabatan


Persahabatan

Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkah laku yang berikut secara tekal:
kecenderungan untuk mengingini apa-apa yang terbaik bagi pihak yang lain;
kejujuran, khususnya dari segi menegaskan kelemahan pihak yang lain; dan
persefahaman.
Walaupun demikian, bagi banyak orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif dari segi bahawa dia merupakan seorang yang tidak akan menjejaskan atau mengapa-apakan mereka.
Jenis persahabatan
Terdapat berbagai-bagai tahap "kerapatan" persahabatan yang menjangkau suatu spektrum lanjar. Oleh yang demikian, wujudnya sebilangan istilah bahasa basahan dalam bahasa Inggeris yang dipergunakan untuk memerihalkan persahabatan serta konteks yang persahabatan itu dipupuk:
   Fair-weather friend atau kawan cuaca baik: Seorang yang hanya akan membantu kawannya apabila perbantuan itu tidak susah.
   Casual relationship atau "hubungan seks rambang": Kawan yang mempunyai hubungan mesra dari segi seks tetapi tidak menganggap diri mereka sebagai mencuba memikat; juga dirujuk sebagai friends with benefits atau "kawan yang memberikan manfaat".
   Best friend atau "kawan karib": Kawan yang seseorang berasa paling rapat. Istilah ini biasanya membayangkan perasaan salingan antara satu sama lain, tetapi ini tidak selalu berlaku dan hubungan kawan karib merupakan sesuatu perkara yang sangat rumit.
   True friend atau "kawan benar": Orang yang sudi membantu kawan-kawannya yang menghadapi masalah emosi. Istilah ini juga menandakan sebahagian besar altruisme kerana seorang kawan benar seringnya akan mengorbankan masa atau sumber yang lain untuk membantu kawan mereka yang menghadapi kesusahan. Walaupun demikian, kawan benar seringnya jarang ditemui dan mereka tidak semestinya merupakan kawan karib anda tetapi seorang yang anda ketahui akan membantu anda apabila diperlukan.
Isu perkembangan dan lain-lain
Dalam urutan perkembangan emosi seseorang individu, persahabatan berlaku selepas perikatan ibu bapa dan sebelum perikatan pasangan yang berlaku pada masa kematangan. Dalam tempoh antara keakhiran masa kanak-kanak sehingga permulaan masa kedewasaan penuh, persahabatan seringnya merupakan hubungan yang paling penting dalam kehidupan emosi seseorang remaja dan seringnya adalah lebih mendalam, berbanding dengan hubungan yang berlaku kemudian.
Kajian persahabatan terangkum dalam bidang sosiologi, antropologi, falsafah, dan zoologi. Berbagai-bagai teori persahabatan telah dicadangkan, antaranya psikologi sosial, teori pertukaran sosial, teori ekuiti, dialektik hubungan, dan gaya perapatan. Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2006, bilangan dan mutu persahabatan orang Amerika telah merosot sejak selewat-lewatnya tahun 1985. Kajian itu menyatakan bahawa 25% daripada orang Amerika tidak mempunyai setiawan yang rapat, dengan bilangan setiawan seseorang pada puratanya kini merosot sehingga dua orang sahaja. Dua teori telah dikemukakan untuk menerangkan perkembangan ini:
   homofobia, iaitu kerisauan dilihatkan sebagai homoseksual; dan
   akibat dibesarkan dalam keluarga yang lebih kecil, keperluan untuk mengimbangi kehilangan hubungan adik-beradik secara tiba-tiba apabila meninggalkan keluarga untuk bekerja, belajar, dan sebagainya telah dikurangkan.
Persahabatan sebagai sejenis hubungan antara satu sama lain juga dapat ditemui antara binatang yang memiliki kecerdasan tinggi, misalnya mamalia pada peringkat yang lebih tinggi dan sebilangan burung. Persahabatan yang menjangkaui spesies sering juga ditemui antara manusia dengan binatang bela jinak. Yang lebih jarang ditemui tetapi patut diberikan perhatian ialah persahabatan antara binatang dengan binatang daripada spesies yang lain, misalnya anjing dengan kucing.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar